Jaguh badminton Indonesia, Markis Kido meninggal dunia

Jaguh badminton Indonesia, Markis Kido meninggal dunia

Pemenang pingat emas Olimpik itu maut akibat serangan jantung pada usia 36 tahun.

Markis Kido memenangi Kejohanan Dunia pada 2006 dan pingat emas pada Sukan Asia, empat tahun kemudian. (Gambar Twitter)
JAKARTA:
Pemain badminton Indonesia yang juga pemenang pingat emas Olimpik, Markis Kido, meninggal dunia pada usia 36 tahun akibat serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Twitter.

Jaguh beregu itu memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Beijing 2008 ketika berpasangan dengan Hendra Setiawan, setahun selepas mereka memenangi Kejohanan Dunia di Kuala Lumpur.

Markis turut memenangi Kejohanan Dunia pada 2006 dan pingat emas dalam Sukan Asia, empat tahun lalu, juga ketika berpasangan dengan Hendra.

BWF dan Persatuan Badminton Indonesia bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.