8 lagi kluster, 7 babit tempat kerja

8 lagi kluster, 7 babit tempat kerja

Ia melibatkan 7 kluster berkaitan tempat kerja dan 1 babitkan komuniti.

8 lagi kluster baharu dikesan KKM.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 8 lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan 4 negeri dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster dikesan di Kuala Lumpur dan negeri Selangor, Sarawak, Negeri Sembilan Pulau Pinang.

Ia melibatkan 7 kluster berkaitan tempat kerja dan 1 membabitkan komuniti.

  • Kluster Tapak Bina Lombong Timah (Kuala Langat, Petaling dan Klang) dengan 45 kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan Kota (Gombak) dengan 11 kes
  • Kluster Pasar Jalan Putra (Petaling) dengan sembilan kes
  • Kluster Tapak Bina Sungai Batu (Kepong) dengan 25 kes
  • Kluster Emperoh Jambu (Kuching dan Samarahan) dengan 60 kes
  • Kluster Sungai Bakong (Meradong) dengan 22 kes
  • Kluster Hilir Sungai Kluang (Seberang Perai Utara, Tengah, Barat Daya dan Timur Laut) dengan 41 kes
  • Kluster Industri Sungai Gadut (Seremban, Rembau dan Tampin) dengan 65 kes

Kluster yang berkaitan tempat kerja adalah Kluster Tapak Bina Lombong,Tapak Bina Jalan Kota, Pasar Jalan Putra,Tapak Bina Sungai Batu,Sungai Bakong,Hilir Sungai Kluang dan Industri Sungai Gadut sementara Kluster Emperoh Jambu babitkan komuniti.

Jumlah kluster setakat 22 Feb adalah 1,082 dengan 504 aktif dan 99 kluster melaporkan kes jangkitan baharu.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Putus (186 kes),Kluster Tapak Bina Jalan Pantai (62 kes), dan Kluster Jalan Cochrane (54 kes),”katanya.

Sementara itu 14 kluster tamat hari ini iaitu Kluster Parit Jamil, Kluster Manik, Kluster Batu Lapan, Kluster Paloh Tumpat, Kluster Pondok Hidayah, Kluster Sungai Chemubong, Kluster Jalan TJ, Kluster Stutong, Kluster Sungai Ibor, Kluster Industri Apas, Kluster Jalan KKIP Selatan, Kluster Kampung Bukit Lada, Kluster Teknologi Kesidang, dan Kluster Tropika.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.