
Kementerian itu berkata, pendekatan mediasi digerakkan menekankan penyelesaian secara damai tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada tindakan berbentuk hukuman.
“Ini kerana tidak semua konflik memerlukan penyelesaian melalui tindakan perundangan. Sebaliknya, pendekatan berasaskan dialog, persefahaman dan tolak ansur mampu menghasilkan penyelesaian yang lebih mampan serta diterima oleh semua pihak,” katana menurut Bernama.
Katanya, mediasi merupakan satu kaedah alternatif mengurus pertikaian atau perselisihan antara dua pihak menerusi bantuan pihak ketiga yang neutral.
“Peranan mediator adalah untuk memudah cara perbincangan, membantu kedua-dua pihak mencapai persefahaman dan seterusnya mencari penyelesaian yang dipersetujui bersama.”
Perkhidmatan mediasi disediakan adalah percuma dan dilaksanakan tanpa melibatkan proses litigasi perundangan, menjadikannya lebih mudah diakses, cepat, dan mesra rakyat.
“Antara isu yang sering dikendalikan termasuk masalah parkir, gangguan bunyi bising, perselisihan antara jiran, konflik kekeluargaan, isu alam sekitar serta pelbagai isu harian yang boleh menjejaskan keharmonian komuniti.
“Skop perkhidmatan ini merangkumi pelbagai isu yang mencetuskan ketegangan dalam komuniti setempat, sama ada di kawasan perumahan bandar, kampung atau strata.”