RON97 naik 3 sen, diesel dan RON95 kekal

RON97 naik 3 sen, diesel dan RON95 kekal

RON95 dan diesel masing-masing dikekalkan pada harga RM2.05 serta RM2.15 seliter.

PETALING JAYA:
Harga petrol RON97 naik tiga sen, manakala RON95 dan diesel tidak berubah mulai tengah malam ini.

Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.73, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 serta RM2.15 seliter.

Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok sehingga 28 Julai ini.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.