
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan lapan kluster baharu Covid-19, dengan lima daripadanya membabitkan komuniti.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, masing-masing satu lagi kluster tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi dan aktiviti keagamaan.
Katanya, kluster itu dikesan di Johor, Kedah, Pahang dan Kelantan.
Perincian lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:
- Kluster Kampung Gertak Kechupu (Kota Bharu) dengan 13 kes
- Kluster Jalan Tali Air Kuala Lemal (Pasir Mas) dengan 10 kes
- Kluster Kampung Jejulok (Kota Bharu) dengan 10 kes
- Kluster Taman Kenerek Jaya (Pasir Mas) dengan 7 kes
- Kluster Kampung Londang (Maran) dengan 12 kes
- Kluster Dah 13 Industri Baling (Baling dan Kuala Muda) dengan 26 kes
- Kluster Jalan Seroja Muar (Muar) dengan 20 kes
- Kluster Jalan Bunga Cempaka (Kota Tinggi) dengan 9 kes
Hisham berkata, sebanyak 5,588 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 810 daripadanya kluster aktif dan 4,778 kluster lagi sudah tamat.