
Daripada jumlah itu, sebanyak sembilan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 29,892.
Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 10 kes, diikuti Terengganu (lapan), Kedah (tujuh), Kelantan dan Selangor (masing-masing enam), Johor (lima), Perak (empat); Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur (masing-masing dua), serta Pahang, Perlis dan Sabah (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 67,358 kes aktif dilaporkan, termasuk 541 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 263 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 5,760 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,563,868.