
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu membabitkan 124 PPS di lima negeri.
Negeri paling teruk terjejas, iaitu Pahang menempatkan 11,830 mangsa di 84 PPS di enam daerah di Kuantan, Pekan, Bentong, Temerloh, Bera, dan Maran.
“Ia termasuk 95 orang kurang upaya (OKU), 978 warga emas, 3,177 kanak-kanak dan 352 bayi,” menurut makluman itu.
Sementara itu, di Selangor seramai 7,503 mangsa banjir masih ditempatkan di 36 PPS di lapan daerah iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat, Subang Jaya, Hulu Langat, Klang, Gombak, Shah Alam, dan Sepang.
“Jumlah itu melibatkan 35 orang kurang upaya (OKU), warga emas (254), kanak-kanak (2,199) dan bayi (185).”
Di Negeri Sembilan, sebanyak dua PPS masih dibuka di Jelebu membabitkan 54 mangsa daripada 18 keluarga manakala Melaka dan Kelantan masing-masing hanya satu PPS masih beroperasi dengan 26 mangsa dan 78 mangsa.