Ibu tunggal sabar menunggu tindakan polis dapatkan semula 3 anak terpisah

Ibu tunggal sabar menunggu tindakan polis dapatkan semula 3 anak terpisah

Jurucakap Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Tamilar Kural Malaysia, David Marshel, berkata mereka sedang menunggu pengesahan kemungkinan tindakan polis dilakukan, esok.

Loh Siew Hong bersama David Marshel (kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Satees Muniandy, selepas membuat laporan polis, hari ini.
GEORGE TOWN:
Satu badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu ibu tunggal, Loh Siew Hong, hari ini, berharap polis mengambil tindakan mendapatkan semula tiga anaknya, yang didakwa berada dalam penjagaan pihak berkuasa agama di Perlis.

Jurucakap Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Tamilar Kural Malaysia, David Marshel, berkata mereka sedang menunggu pengesahan kemungkinan tindakan polis dilakukan, esok.

Katanya, beliau dimaklumkan polis akan bergerak ke Perlis, esok, bagi mendapatkan ketiga-tiga anak Loh. “Kami akan menunggu dan melihat yang akan berlaku esok. Kami juga melakukan persiapan mengambil tindakan mahkamah sekiranya tiada tindakan dibuat bagi menyatukan semula Loh bersama anak-anaknya,” katanya.

Loh berpisah dengan suaminya, tahun lalu, dan diberikan hak penjagaan penuh membabitkan ketiga-tiga anaknya itu – kembar perempuan berusia 14 tahun dan anak lelaki berusia 10 tahun.

Kali terakhir anak-anaknya dilihat adalah bersama keluarga bekas suami. Loh membuat laporan polis di Kepala Batas, semalam, demi mendapatkan semula ketiga-tiga mereka, selepas berpisah selama tiga tahun.

Loh memberitahu pemberita, semalam, bahawa dia dimaklumkan seorang wanita yang mendakwa anak-anaknya itu berada dalam penjagaan pihak berkuasa agama di Perlis.

FMT berusaha mendapatkan maklum balas daripada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana, serta Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Ruzaini Rais.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.