
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
Kosmo melaporkan, tertuduh, R Subramaniam, 41, yang melakukan kerja kampung terdahulu semalam mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa, Ismail Ahmad, 58, mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani.
Pertuduhan pada hari ini dipinda selepas pengawal keselamatan terbabit meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) petang semalam.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan dia hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.
Mengikut pertuduhan, Subramaniam didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian terhadap Ismail di kawasan pos pengawal di tapak projek perumahan Siera 4, Bukit Banyan di sini pada pukul 4.40 petang, 4 Ogos lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Arthini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.