Tanah runtuh: Angka korban meningkat 13 orang

Tanah runtuh: Angka korban meningkat 13 orang

Antara yang maut termasuk kanak-kanak, seorang lelaki dan enam wanita.

Keadaan lokasi tanah runtuh di Batang Kali awal pagi tadi yang menyebabkan 13 kematian setakat ini. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Angka kematian akibat tanah runtuh di Batang Kali pagi tadi dilaporkan meningkat kepada 13 orang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Antara yang maut termasuk kanak-kanak, seorang lelaki dan enam wanita.

Menurut Zaliha, tujuh mangsa kini berada di hospital, tiga daripada mereka dirawat di Hospital Selayang dengan salah seorangnya adalah wanita hamil.

Tambahnya, seorang daripada mangsa itu pula dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami kecederaan tulang belakang, manakala tiga lagi dirawat di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Awal pagi tadi, berpuluh mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan River Hilltop, Farmview and River Side berdekatan Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali.

Bomba Selangor memaklumkan ketinggian runtuhan dianggarkan 30m dengan anggaran keluasan runtuhan tiga ekar.

Difahamkan, hampir 100 mangsa berada di lokasi ketika tanah runtuh berlaku.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.