
Jay Jay Denis berkata, polis memaklumkan supaya hadir berdepan pendakwaan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan menimbulkan kegusaran kepada orang awam.
Beliau juga dijangka berdepan satu lagi tuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
“Saya telah maklumkan kepada pegawai penyiasat bahawa saya akan hadir secara rela di mahkamah pada Khamis ini,” katanya dalam hantaran di X yang dulunya dikenali Twitter.
Tahun lalu, Jay Jay ditahan polis susulan laporan diterima berkait hantaran dibuatnya.
Beliau berkata, laporan itu dipercayai ada kaitan dengan video dimuatnaik pada 6 Spet 2022, memaparkan konvoi Ali meninggalkan restoran di Medan Damansara, Kuala Lumpur.
Dalam hantaran itu, Jay Jay mendakwa menyaksikan konvoi Ali bersama “lapan” (polis pengiring) dan tiga kenderaan pengiring” menghalang trafik di Lebuhraya Sprint sebelum membuat pusingan-U dengan Ali didapati keluar daripada satu kenderaan itu.
“Ingatkan ada majlis rasmi kepentingan negara. Tapi tidak,” katanya sambil mendakwa Ali bersama keluarganya untuk makan malam.