
Pengarah APMM Selangor Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, berkata ketika pemeriksaan kelmarin, tiga lelaki meloloskan diri dengan terjun ke laut, manakala seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas berada dalam keadaan khayal.
“Ketika pemeriksaan dilakukan, tiga lelaki terjun ke dalam air dan meloloskan diri, manakala seorang lelaki warga Indonesia berusia 44 tahun berjaya ditahan.
“Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan dua guni yang disimpan di dalam petak simpanan bahan mentah masakan atas bot.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua guni itu berisi 38 bungkusan teh cina disyaki dadah jenis syabu seberat 40.37kg dianggarkan bernilai RM1.32 juta,” katanya menurut Berita Harian pada sidang media Ibu Pejabat APMM Selangor, Klang.
Katanya, suspek ditahan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai bekerja sebagai nelayan.
“Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/1863,” katanya.
Difahamkan rampasan itu adalah yang terbesar bagi agensi berkenaan sejak 2021.