
Veteran Umno itu berkata Muhyiddin seperti percaya bahawa membaiki ekonomi adalah tugas perdana menteri manakala pembangkang pula berkewajipan untuk melemahkannya.
Tambahnya, Muhyiddin seperti percaya perdana menteri harus dipersalahkan sekiranya gagal baiki ekonomi, manakala pembangkang pula tidak patut dipersalahkan kalau mereka mensabotajnya.
Semalam, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional memberi amaran bahawa kejatuhan nilai ringgit menghakis keyakinan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Terdahulu hari ini, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, berkata Anwar yang patut dipersalahkan atas kejatuhan ringgit.
Beliau menjawab kenyataan Salleh bahawa dakwaan berterusan pembangkang berhubung menukar kerajaan bererti mereka juga perlu ambil tanggungjawab atas kejatuhan ringgit.
Faisal mengkritik bekas menteri itu kerana cuba menyalahkan pembangkang, dan menambah beliau sepatutnya cari jalan untuk mengukuhkan ekonomi dan mengekang kejatuhan matawang itu.