RUU keselamatan dalam talian dibentang pada Oktober

RUU keselamatan dalam talian dibentang pada Oktober

Azalina Othman Said berkata pelaksana dan penguatkuasaan dibuat menerusi SKMM.

handphone youth remaja
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi) Azalina Othman Said, berkata RUU berkenaan akan dibentang pada Oktober ini di Parlimen. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Rang undang-undang (RUU) keselamatan dalam talian akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi) Azalina Othman Said.

Beliau berkata, RUU itu akan dibentangkannya manakala pelaksanaan dan penguatkuasaan adalah di bawah Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Azalina berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat media Perhimpunan Agung Umno 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Pada 15 Ogos lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata RUU itu diperhalusi oleh Azalina dengan kerjasama polis dan SKMM.

Fahmi berkata, RUU berkenaan juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk melesenkan platform media sosial sebagai usaha mengatasi masalah berlaku melibatkan platform dalam talian.

Berdasarkan takwim Parlimen, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung dari 14 Okt hingga 12 Dis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.