Mangsa banjir di Pahang naik, 3 negeri beransur pulih

Mangsa banjir di Pahang naik, 3 negeri beransur pulih

Seramai 433 mangsa banjir masih ditempatkan di 10 PPS di empat negeri setakat 11.15 malam ini.

Pusat Penempatan Sementara
Seramai 220 mangsa banjir di Perak masih ditempatkan di dua PPS di Manjung dan Perak Tengah malam ini berbanding 225 orang petang tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Situasi banjir di Perak, Johor dan Terengganu beransur pulih dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan malam ini, tetapi Pahang mencatatkan peningkatan.

Secara keseluruhannya, 433 mangsa banjir masih ditempatkan di 10 PPS di empat negeri setakat 11.15 malam ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 220 mangsa banjir membabitkan 68 keluarga di Perak masih ditempatkan di dua PPS di daerah Manjung dan Perak Tengah malam ini berbanding 225 orang petang tadi.

Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 85 orang daripada 26 keluarga di dua PPS di Segamat malam ini berbanding 139 orang petang tadi.

Di Terengganu, 80 orang daripada 16 keluarga masih berlindung di dua PPS di Kemaman malam ini berbanding 230 orang petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Pahang pula meningkat kepada 48 orang daripada 13 keluarga di empat PPS di daerah Bera dan Temerloh berbanding seorang mangsa banjir di sebuah PPS petang tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.