Mahu lolos polis, lelaki terjun sungai lemas

Mahu lolos polis, lelaki terjun sungai lemas

Lelaki berusia 45 tahun didapati mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Pemangku Ketua Polis Besut, Md Sani Md Saleh, berkata lelaki itu bertindak terjun dari bot ke sungai sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa. (Gambar Freepik)
JERTIH:
Lelaki terjun ke sungai dekat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Seberang Kastam malam tadi kerana cuba melarikan diri daripada serbuan polis, ditemukan lemas pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Besut, Md Sani Md Saleh, berkata mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemukan pada 10.25 pagi, tidak jauh dari lokasi kali terakhir dia dilihat.

“Lelaki itu yang berada di atas sebuah bot nelayan di tepi jeti bertindak terjun ke sungai sebaik menyedari kehadiran anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Besut yang melakukan operasi di kawasan itu kira-kira 7.45 malam.

“Orang awam yang berada di kawasan itu cuba memberi bantuan, namun gagal lalu operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan pada 8.30 malam,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki itu memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.