6 lagi ditahan dalam Op Sky

6 lagi ditahan dalam Op Sky

Pegawai bank dan bekas kakitangan institusi perbankan berusia 20 hingga 40-an itu ditahan semalam.

macc
SPRM sebelum ini dilaporkan menumpaskan sindiket kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dan institusi kewangan dan menahan 12 individu.
PETALING JAYA:
Enam lagi termasuk pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram.

Tutur ditahan dalam Op Sky itu bekas pegawai institusi perbankan.

Penahanan suspek berusia 20 hingga 40-an itu selepas SPRM menumpaskan sindiket kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dan institusi kewangan susulan penahanan 12 individu di sekitar Lembah Klang.

Perintah reman selama lima hari sehingga 27 Januari depan terhadap suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata mereka adalah individu terbaru yang ditahan semalam dan permohonan reman dibuat hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

“19 individu yang sebelum ini ditahan reman telah dibebaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.