
Mangsa yang juga penunggang dan pembonceng motosikal jenis Modenas Kriss berusia 15 dan 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu.
Ketua Polis Seremban, Mohamad Hatta Che Din, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika sebuah Honda Jazz dipandu remaja 18 tahun bersama penumpang lelaki 17 tahun dalam perjalanan dari arah Senawang ke Paroi.
Katanya, setibanya di lokasi, pemandu terbabit dipercayai gagal berhenti lalu merempuh dua motosikal di sebelah kiri.
“Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pemandu dan penumpang kereta serta dua lagi mangsa menaiki motosikal Honda Vario cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban,” katanya, menurut Berita Harian.
Menurutna, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat G Sankar di talian 014-6000353.