Tak puas hati kereta dilanggar, pemandu bas cedera dipukul 2 lelaki

Tak puas hati kereta dilanggar, pemandu bas cedera dipukul 2 lelaki

Ketua Polis Kluang Bahrin Mohd Noh berkata kedua-dua pihak membuat tiga laporan polis berhubung insiden pada Selasa lalu.

Pemandu bas ekspres
Tangkap layar klip video menunjukkan dua lelaki menyerang pemandu bas ekspres dan keadaan Perodua Alza selepas dilanggar kenderaan itu.
PETALING JAYA:
Dua kertas siasatan dibuka selepas seorang pemandu bas ekspres cedera dipukul dua lelaki tidak berpuas hati Perodua Alza dinaiki mereka dilanggar di KM58.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata kedua-dua pihak membuat tiga laporan polis berhubung insiden kira-kira 3 petang Selasa lalu.

“Siasatan awal mendapati dua lelaki tempatan dipercayai mencederakan seorang lelaki tempatan yang juga pemandu bas kerana berang selepas berlaku kemalangan,” katanya menurut Harian Metro.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Satu rakaman video papan pemuka sebuah kenderaan menunjukkan insiden pemandu bas diserang dua lelaki tular di media sosial, selain gambar dipercayai kesan kecederaan pada tangan kanan pemandu bas kerana diserang menggunakan objek oleh salah seorang suspek.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.