Imigresen tahan 103 warga asing di Pasar Chow Kit

Imigresen tahan 103 warga asing di Pasar Chow Kit

Semua warga asing itu ditahan kerana tinggal lebih masa dan tiada pas imigresen yang sah.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi itu dijalankan hasil risikan Bahagian Penguatkuasa Imigresen yang melibatkan 52 pegawai dan anggota. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 103 warga asing ditahan Jabatan Imigresen dalam satu operasi di Pasar Chow Kit pagi tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata dalam Op Kutip yang dijalankan sekitar 10 pagi itu, seramai 80 warga Indonesia, 13 warga Bangladesh, Myanmar (lima), India (empat) dan seorang lelaki Yaman ditahan.

Katanya, warga asing yang ditahan itu terdiri daripada 80 lelaki dan 23 wanita berumur antara 21 hingga 58 tahun.

“Mereka dibawa ke Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di Jalan Duta bagi proses dokumentasi,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu, lapor Bernama.

Wan Saupee antara kesalahan yang dilakukan warga asing yang ditahan itu termasuk tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan dan memasuki negara tanpa pas imigresen yang sah.

Katanya, semua warga asing itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c).

Operasi itu dijalankan hasil risikan Bahagian Penguatkuasa Imigresen yang melibatkan 52 pegawai dan anggota.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.