Polis ada maklumat, pantau kartel dadah didedah PM

Polis ada maklumat, pantau kartel dadah didedah PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata beberapa langkah siasatan serta operasi sedang dijalankan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Hussein Omar Kha
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata pemantauan dan risikan terus dilaksanakan kerana kaedah membawa dadah melalui kontena bukan perkara baharu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis mengesahkan pihaknya sudah mempunyai maklumat berhubung rangkaian kartel dadah sebagaimana didedahkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata beberapa langkah siasatan serta operasi sedang dijalankan.

“Kaedah membawa dadah melalui kontena bukan perkara baharu namun masih menjadi pilihan sindiket.

“Justeru pemantauan dan risikan terus dilaksanakan,” katanya lapor Kosmo.

Mengulas lanjut, Hussein berkata pihaknya turut bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi tempatan termasuk Jabatan Kastam, Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia serta pihak berkuasa pelabuhan bagi memperkukuh kawalan.

“Kami turut bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia termasuk berkongsi maklumat siasatan dan laporan forensik.

“Difahamkan seorang suspek di sana sedang menunggu proses pertuduhan,” katanya.

Terdahulu, Anwar dalam satu program di Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi mendedahkan wujudnya kartel besar yang menyeludup dadah ke negara ini yang beliau dengar sejak 20 tahun lalu namun sehingga kini tiada tindakan.

Katanya, tiada laporan diterima lagi mengenai kartel besar yang membawa dadah menerusi kontena selepas beliau menjadi perdana menteri dan menunggu selama setahun.

Menurut Anwar, wujud sindiket dan ahli politik yang terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.