
Beliau berkata, jawatankuasa khas itu perlu menentukan terma rujukan dan kaedah pemberian dalam tempoh terdekat, lebih awal sebelum tamat tempoh 60 hari yang ditetapkan mahkamah.
“Hari ini, mereka akan mengadakan perbincangan dan tadi saya sudah menyatakan tubuh jawatankuasa supaya mereka akan dapat ‘term of reference’ (terma rujukan). Apabila kerajaan baharu (Sabah) tertubuh, mereka (jawatankuasa) boleh laporkan kepada kerajaan negeri.
“Kerajaan persekutuan sudah memutuskan tidak merayu untuk 40%, tapi lebih melihat bagaimana kita mahu terjemahkan apa yang termaktub dalam 40%, apa kaedah dan sebagainya.
“Inilah akan dirundingkan oleh peringkat jawatankuasa ditubuhkan nanti untuk mereka perincikan dan akhirnya memberikan pelaporan kepada kerajaan negeri baharu nanti, bila sudah tertubuh dengan kerajaan persekutuan, supaya apa yang diputuskan mahkamah berkaitan 40% itu dapat diselesaikan.”
Beliau berkata demikian menurut Berita Harian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Pemantauan Program serta Projek Pembangunan Sabah di Kota Kinabalu.
Fadillah berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Johan Mahmood Merican dan Setiausaha Negeri Sabah, Safar Untong.