Ahli politik sangsi kredibiliti calon Cina Warisan

Ahli politik sangsi kredibiliti calon Cina Warisan

Pengarah Pilihan Raya Warisan Darell Leiking tepis kebimbangan itu dengan menegaskan calon dikemuka ada kelebihan tersendiri untuk menyumbang.

Shafie Apdal
Seorang ahli politik mendakwa beberapa calon Warisan hanya menumpang populariti Presiden Shafie Apdal dan lambang Warisan, namun memberi amaran rakyat cenderung mengundi ikut garis parti.
PETALING JAYA:
Seorang ahli politik Sabah sangsi dengan kredibiliti beberapa calon Cina diketengahkan Warisan di kawasan bandar, mempersoalkan sama ada pemilihan mereka didorong merit atau sekadar optik semata-mata.

Bercakap dengan syarat identiti tidak didedahkan, ahli politik itu menyifatkan calon ditampilkan sebagai tidak menonjol.

Beliau mendakwa, sebahagian mereka menjadi calon ‘payung terjun’ tanpa ada hubungan di peringkat akar umbi, dengan seorang calon bertanding untuk kerusi di utara Sabah walaupun menetap di Kota Kinabalu.

“Seorang Adun sepatutnya tinggal dan menghirup udara sama dengan penduduk setempat untuk benar-benar faham keperluan mereka,” katanya kepada FMT. “Mereka mesti senang untuk dihubungi, bukan tinggal empat jam perjalanan jauhnya.”

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) harus hidup dan menghirup udara yang sama seperti penduduk tempatan untuk memahami keperluan mereka sebaiknya,” katanya kepada FMT. “Mereka mesti mudah dihubungi, bukan tinggal di kawasan empat jam perjalanan jauhnya.”

Beliau berhujah bahawa pendekatan Warisan berisiko menjauhkan pengundi dan menjejaskan komuniti yang ingin diwakili oleh parti itu sendiri.

Ahli politik itu turut mempersoalkan sama ada calon sedemikian benar-benar boleh mendakwa mewakili rakyat, jika mereka hanya menumpang populariti Presiden Shafie Apdal atau lambang Warisan.

Kebimbangan ahli politik itu mengulangi cakap-cakap di peringkat akar umbi membayangkan ramai yang kurang bersemangat dengan calon parti itu. Namun, sumber itu memberi amaran kepada pesaing parti agar tidak mudah berpuas hati dan bersenang-lenang.

“Rakyat sering mengundi mengikut garis parti. Kita tidak boleh memandang rendah kekuatan jenama,” kata sumber itu.

Dalam perkembangan berasingan, seorang penganalisis politik, yang juga enggan didedahkan identiti , berkata selain Junz Wong (Tanjung Aru) dan Tham Yun Fook (Likas), kebanyakan calon Cina Warisan tidak begitu dikenali.

“Warisan bergantung harap pada jenama partinya untuk membawa muka-muka yang kurang dikenali ini,” kata penganalisis itu.

Ketika dihubungi, Pengarah Pilihan Raya Warisan, Darell Leiking, menepis kritikan itu sambil menyatakan semua calon sudah diteliti dan memiliki latar belakang serta pengalaman diperlukan.

“Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh pakar-pakar ini. Calon popular mana yang mereka harapkan untuk kami ketengahkan?” katanya.

Leiking mengakui parti itu tidak menamakan mana-mana elit politik, namun menegaskan semua calonnya membawa kelebihan tersendiri untuk menyumbang.

“Mereka mungkin tidak popular dalam kalangan pakar, tetapi mereka popular dalam kalangan rakyat jelata,” katanya sambil menambah muka baharu tidak seharusnya diketepikan secara pramatang.

“Tiada siapa yang mengenali ramai penyandang yang kini mahu dipilih semula sehingga mereka memenangi pilihan raya. Beri Warisan peluang untuk memimpin Sabah yang baharu dan vibran.”

Warisan bertanding di semua 73 kerusi menjelang PRN Sabah pada 29 Nov.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.