
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, panggilan memohon bantuan pemindahan diterima pada 12.52 tengah malam tadi dan sepasukan anggota yang tiba di lokasi terletak 11km dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu mendapati air naik ke paras berbahaya.
Menurutnya, pasukan itu segera memindahkan 25 penduduk Rumah Panjang Roselind Suang, dengan 12 daripadanya kanak-kanak, menggunakan bot aluminium ke tempat selamat.
“Selepas itu mereka dihantar ke Dewan Suarah Bintulu menggunakan trak,” katanya menurut Harian Metro.
Selain rumah panjang itu, katanya, pemantauan dijalankan di beberapa penempatan kawasan rendah kerana hujan masih turun.