
Justeru, kata timbalan perdana menteri itu, pemimpin Umno di negeri itu berdepan tugas berat untuk mempertahankan rekod cemerlang meraih lebih tiga perempat kerusi pada PRN sebelum ini.
“Saya sering mengingatkan diri saya, untuk memperoleh kejayaan itu sukar, tetapi mempertahankan kejayaan itu lebih sukar,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri bersama-sama Warga DUN Telok Mas di Alai, Melaka, lapor Bernama.
“Saya ingatkan kawan-kawan di Melaka ini, sekarang tugas kita adalah untuk mempertahankan kejayaan. Saya tidak mahu kesukaran ini melebihi kesukaran yang pernah kita hadapi pada PRN lepas.
Dalam pada itu, apabila ditanya tentang konsep Rumah Bangsa yang mungkin diaplikasikan pada PRN Melaka kali ini, beliau berkata, perinciannya akan dibincangkan bersama dengan Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh.
“Apabila beliau kembali (dari China), kita akan perincikan metodologi yang akan dilakukan untuk terjemahkan Rumah Bangsa dalam konteks PRN Melaka,” katanya.
Pada PRN Melaka 2021, Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan. Penggal lima tahun DUN Melaka dijangka tamat pada Disember ini.