
Ketua Polis Seremban Azahar Abdul Rahim berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 18 Dis tahun lepas dengan mangsa merupakan pesara kerajaan ditawarkan untuk mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran ‘Datuk’.
“Dia kemudian membuat transaksi pembayaran sebanyak enam kali bermula Januari hingga November 2025 membabitkan jumlah tersebut sebelum menyedari ditipu.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Sekyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan pelakon berkenaan dan suaminya, direman tiga hari sebelum disambung sehari lagi hingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan tidak wujud melibatkan kerugian RM1.5 juta.