
Mahkamah tertinggi republik itu mengekalkan hukuman penjara masing-masing 36 tahun dan 20 tahun terhadap Soh dan Quah, dengan mengambil kira skala serta impak kesalahan mereka terhadap pasaran, lapor The Singapore Edge.
Soh dan Quah dijatuhi hukuman pada 2022 selepas didapati bersalah memanipulasi harga saham Blumont Group, Asiasons Capital dan Lion-Gold Corp antara Ogos 2012 hingga Oktober 2013.
Tindakan mereka menyebabkan hampir SGD8 bilion (RM27 bilion) nilai permodalan pasaran susut.
Soh disabitkan atas 180 pertuduhan termasuk manipulasi pasaran, urus niaga palsu, penipuan, memperdaya serta mengganggu sistem, manakala Quah pula disabitkan atas 169 pertuduhan.
Ketika menolak permohonan mereka untuk hukuman lebih ringan, panel tiga hakim yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon serta Hakim Tay Yong Kwang dan Andrew Phang menyokong dapatan Mahkamah Tinggi sebelum ini bahawa rancangan tersebut ‘bukan sahaja dirancang dengan sengaja malah sangat tersusun’.
Soh diwakili oleh N Sreenivasan manakala Quah diwakili oleh N Sivananthan.