
Ketua Polis Petaling Jaya Shamsudin Mamat berkata, suspek memandu sebuah Myvi secara agresif, malah melanggar beberapa kenderaan ketika cuba melarikan diri.
Selepas suspek ditahan, polis mendapati lelaki itu dikehendaki atas kesalahan di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah.
“Semakan ke atas nombor chasis kereta yang dipandu oleh suspek didapati mempunyai rekod kenderaan hilang bersabit laporan polis di daerah Kuala Bera (Pahang),” menurut kenyataan.
Kes disiasat bawah Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan reman selama dua hari hingga hari ini.
Suspek akan diserahkan kepada IPD Bera untuk tindakan lanjut selepas kertas siasatan di Petaling Jaya lengkap.