
Antara kawasan terlibat ialah Miri (Telang Usan dan Bario), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Sri Aman (Melugu), Betong serta Batang Lupar (Pusa).
Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata semangat kesukarelawanan perlu dilihat sebagai wadah penting dalam merapatkan jurang antara kaum, agama, wilayah dan latar belakang sosioekonomi.
Katanya, usaha itu selari dengan aspirasi kerajaan MADANI untuk membina masyarakat inklusif, berdaya tahan dan berteraskan nilai kemanusiaan.
“Semangat kesukarelawanan bukan hanya terhad kepada khidmat bakti semata-mata, tetapi menjadi medium penting untuk memupuk kefahaman, rasa hormat dan kepercayaan antara rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan mampu mengukuhkan asas perpaduan nasional.
Misi itu akan merangkumi pelbagai aktiviti berimpak tinggi termasuk program pendidikan komuniti, pembangunan belia, khidmat sosial serta inisiatif memperkasa kesejahteraan penduduk setempat.