
Mahkamah turut mengenakan denda RM2,000 setiap seorang terhadap dua remaja berusia 19 tahun atas kesalahan sama.
Semua 34 individu berkenaan berumur 21 hingga 57 tahun dituduh memiliki pelbagai senjata termasuk senjata api, peluru, bahan letupan, dan mudah terbakar, serta kayu dan batu yang boleh digunakan untuk melakukan serangan dalam insiden yang berlaku sekitar 7.30 malam itu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Farhana Poad memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal mengambil kira tindakan kumpulan itu yang mencetuskan kegusaran dalam kalangan orang awam.
Peguam bela, Arifin Wahab, memohon pengurangan hukuman dengan alasan semua tertuduh merupakan pesalah kali pertama dan telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, sekali gus menjimatkan masa serta kos mahkamah.
Laporan awal menyatakan bahawa insiden tersebut berpunca daripada perselisihan faham antara pemilik premis dengan pesaingnya.