
Ketua Polis Sepang, Norhizam Bahaman, berkata suspek berusia 22 tahun itu ditahan pada hari kejadian susulan satu laporan yang dibuat berhubung kes terbabit.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia 34 tahun kini dilaporkan kritikal tetapi stabil dan masih ditahan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Kedua-duanya tiada hubungan dan suspek dikatakan baru sahaja menyewa sebuah bilik Airbnb di unit kediaman tersebut.
“Keputusan urin suspek negatif dan dia didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya, dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, suspek kini direman tujuh hari sehingga 16 April untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis serta menimbulkan kegusaran awam.
“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Muhammad Azroy Amran di 014-2723342, IPD Sepang atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.