
Menurut agensi itu, individu itu hadir ke ibu pejabatnya di Cyberjaya hari ini dengan ditemani peguam bagi memberi keterangan.
Dalam tindakan sama, SKMM turut menyita sebuah telefon bimbit dan satu kad SIM dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan bagi membantu siasatan dibuat mengikut Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“SKMM memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan saluran digital untuk menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengelirukan orang ramai,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam.