
Ketua Polis Tangkak, Roslan Mohd Talib, berkata kesemua lelaki berusia 24 hingga 32 tahun itu ditahan di tiga lokasi sekitar Jasin, Melaka malam tadi hasil maklumat dan risikan berterusan.
Beliau berkata perkembangan terbaharu itu dipercayai dapat melengkapkan siasatan kes bunuh tersebut.
“Ya, saya sahkan ketiga-tiga suspek utama telah ditangkap malam tadi,” katanya kepada Bernama hari ini.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan 10 individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu, namun kesemua mereka telah dibebaskan dengan bon polis sebaik proses merakam keterangan selesai dijalankan.
Dalam kejadian itu, mangsa Tong Wei Sheng, 38, maut sebaik tiba di hospital akibat kecederaan di tangan, kaki dan belakang badan selepas ditetak oleh tiga lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang.