Warga Myanmar didakwa bunuh bekas isteri

Warga Myanmar didakwa bunuh bekas isteri

Aung Tun Ngwa didakwa bunuh Merry Yet Ngwa di hadapan Blok 1 kondominium Genting Court di Taman Setapak Indah Jaya, bulan lalu.

Aung Tun Ngwa
Aung Tun Ngwa dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi bagi berdepan tuduhan membunuh bekas isterinya.
KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh bekas isterinya di Wangsa Maju bulan lalu.

Aung Tun Ngwa, 26, didakwa membunuh Merry Yet Ngwa, 33, di hadapan Blok 1 kondominium Genting Court di Taman Setapak Indah Jaya.

Kejadian itu didakwa berlaku kira-kira 2.30 petang, 23 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Izzah Hasan Basri kerana kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala M Naresh Kumar mewakili pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 31 Julai untuk serahan dokumen termasuk laporan bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.