
Beliau digantung selama dua penggal pemilihan Bersatu, atas alasan melanggar perlembagaan parti serta kod etika dan tatakelakuan ahli.
Amri diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada lembaga rayuan Bersatu, lapor Sinar Harian.
Bersatu melancarkan penggantungan dan pemecatan keahlian beberapa ahli sejak 8 Mei atas alasan melanggar perlembagaan parti serta kod etika dan tatakelakuan ahli, rentetan kemelut dalaman yang menyaksikan Timbalan Presiden Hamzah Zainudun dipecat.
Adun digantung adalah Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain (Chenderoh), Ahmad Man (Kuala Sepetang), dan Almidi Jaafar (Bukit Bunga).
Turut digantung Ahli Parlimen seperti Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Khlir Mohd Nor (Ketereh), Nordin Ahmad Ismail (Lumut), Khalib Abdullah (Rompin), dan Islahuddin Abas (Mersing).
Adun dipecat adalah Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti), Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang), dan Farid Zawawi (Kok Lanas).
Turut dipecat Ketua Bersatu Hulu Langat Faiz Rahmad, dan Exco Pemuda Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsuddin.
Sebelum ini, dalam apa yang dikatakan pusingan pertama ‘pembersihan’, 16 pemimpin dipecat termasuk Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Azahari Hasan (Padang Rengas), dan Fathul Huzir Ayob (Gerik); serta Adun iaitu Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik) dan Dr Yadzil Yaakub (Bemban).