
Beliau menggantikan Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati yang meletak jawatan, Mac lalu.
Bekas timbalan menteri itu juga digantung keahliannya selama dua penggal seperti diputuskan Lembaga Disiplin Bersatu, susulan krisis kepimpinan yang membawa desakan supaya Muhyiddin Yassin meletak jawatan presiden.
Radzi yang mengumumkan perkara itu dalam kenyataan berkata mesyuarat PN Melaka turut bersetuju melantik Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Ismail sebagai salah seorang daripada empat timbalan pengerusi.
Selain beliau, Gan Peng Lam (Gerakan), T Arasu (MIPP) dan Mohamad Ali Mohamad (Bersatu).
Mohamad yang juga bekas pemimpin Umno Melaka turut dilantik pengarah pilihan raya manakala Ahli Parlimen Tangga Batu Bakri Jamaluddin dari PAS pula diumum sebagai setiausaha.
Dalam pada itu Radzi berkata mesyuarat memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi, kesiapsiagaan gerak kerja parti serta persediaan menghadapi PRN Melaka dan PRU16.