
Nashril Rosli, 31, dan Khairul Azham Noor, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syazwany Yasmyn Roslan.
Nashril yang menunggang Ducati Panigale dan Khairul yang menunggang Ducati Hypermotard 950 didakwa melakukan aksi ‘wheelie’ sejauh kira-kira 80m di KM6.5 SPE menghala ke Putrajaya pada 11 pagi, 9 Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM15,000, serta hilang kelayakan memegang lesen memandu jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Julai serta 10 Julai bagi sebutan kes untuk Nashril dan Khairul.
Pegawai Pendakwa Shazwan Hasifi Shahrun hadir bagi pihak pendakwaan manakala peguam Akmal Taufiq mewakili kedua-dua tertuduh.