3 rakan didakwa bunuh lelaki di Cheras

3 rakan didakwa bunuh lelaki di Cheras

Chai Guan Cheong, Cheng Kan Loon dan Koh Kim Yang didakwa bunuh Ong Meng Seong di Jalan Balakong Batu 11, awal bulan ini.

gavel
Majistret Fatin Dayana Jalil tidak dibenarkan semua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kes. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang atas tuduhan membunuh seorang lelaki di Cheras pada awal bulan ini.

Sinar Harian melaporkan, Chai Guan Cheong, 38, Cheng Kan Loon, 41, dan Koh Kim Yang, 41, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh Ong Meng Seong, 38, di Jalan Balakong Batu 11, Cheras antara 12.04 tengah malam, 4 Mei hingga 11 malam, 16 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Zulbahrin manakala Koh diwakili peguam, Asyraaf Abu Bakar Hamzah. Dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak dibenarkan semua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.