Sultan Johor terima hadiah kereta Flintstones

Sultan Johor terima hadiah kereta Flintstones

Berbeza dengan kereta sebenar siri animasi itu di mana watak utama, Fred hanya menggunakan kakinya untuk menggerakan kenderaan itu.

Johor-sultan-now-proud-owner-of-Flintstone-car
fmt-ohsem-inside-article1Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilapor menghadiahkan replika kereta ikonik siri kartun The Flintstone kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Laporan Berita Harian Online menyatakan kenderaan yang diinspirasikan oleh kartun Hanna Barbara itu juga memiliki motor dan dijangka boleh bergerak dengan sendiri seperti kenderaan 4 roda lain.

Kereta yang dihadiahkan kepada Sultan Johor itu berbeza dengan kereta sebenar siri animasi itu di mana watak utama, Fred hanya menggunakan kakinya untuk menggerakan kenderaan itu. .

Kenderaan tersebut disampaikan oleh wakil rasmi Tengku Mahkota Pahang, Datuk Manjit Abdullah di Istana Pasir Pelangi, semalam, petik portal BH Online.

Bagaimana pula jika hujan? Itupun sudah difikirkan oleh pereka kereta ini yang didatangkan lengkap dengan bumbung kain dan skrin belakang berputar sebagai tingkap belakang.

Sultan Ibrahim dikatakan penggemar watak Fred kartun Flinststone.

Bagaimanapun maklumat lanjut berhubung teknikal dan pengendalian kenderaan ini tidak didedahkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.