
PETALING JAYA: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan memukul bapanya hingga mati pada bulan lalu.
M Jaisino, 50, dituduh membunuh Mangalam Edward, 74, kira-kira pada 2.15 pagi pada 26 Ogos lalu di sebuah rumah di Jalan Belimbing, Taman Dato Hormat.
Jaisino, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh, yang boleh dihukum mati jika disabitkan kesalahan.
Tiada rayuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha, kerana kes ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan pendakwa raya Nurul Sofea Jaysal.
Mahkamah menetapkan 6 Oktober untuk sebutan kes ini.