
PUTRAJAYA: Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membatu siasatan berhubung kes penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.
Beliau tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai utiliti (SUV) Lexus bewarna putih pada jam 9.20 pagi.
Beliau yang juga presiden Umno tiba dengan memakai kemeja hijau bagi membantu siasatan yang sama.
Zahid merupakan pengerusi yayasan berkenaan dan rekod menunjukkan ia ditubuhkan pada 1977 dengan matlamat menerima serta menguruskan dana bagi membasmi kemiskinan.
Menurut laporan sebelum ini Zahid diminta menjelaskan dakwaan bahawa dana milik yayasan tersebut sebanyak RM800,000 digunakan untuk membayar bil kad kredit milik beliau dan isterinya.
Zahid dilaporkan berkata beliau telah membayar semua wang milik yayasan yang digunakan untuk membayar bil kad kredit berkenaan.
Beliau berkata bayaran itu dibuat pada 2016, tetapi kemudiannya mendapati pegawai beliau tersilap menggunakan cek yayasan berkenaan untuk berbuat demikian.