Kontrak RM2.6 juta disyaki beri pada syarikat keluarga, penolong jurutera antara direman

Kontrak RM2.6 juta disyaki beri pada syarikat keluarga, penolong jurutera antara direman

Penolong jurutera kanan yang berkhidmat di majlis agama Islam Labuan didakwa salah guna jawatan bagi kerja pengurusan kemudahan dan selenggara.

handcuff
Tiga individu direman SPRM Labuan susulan kontrak RM2.6 juta bagi menjalankan kerja pengurusan kemudahan dan penyelenggaraan di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan.
PETALING JAYA:
Penolong jurutera kanan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan antara tiga direman kerana disyaki menyalahgunakan kuasa melibatkan kontrak pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan bernilai RM2.6 juta.

Majistret Melissa Chia mengeluarkan perintah reman itu berkuat kuasa hari ini sehingga 12 Mei susulan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan, Andrew Alexander Malibin, lapor Bernama.

Mengikut fakta kes, penolong jurutera kanan itu didakwa menyalahgunakan jawatannya dengan menggunakan lesen kontraktor utama untuk melantik syarikat subkontraktor berkaitan ahli keluarganya bagi menjalankan kerja pengurusan kemudahan dan penyelenggaraan di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, merujuk kepada kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Dua individu lain yang direman ialah pemilik SD Smart Legacy dan pemilik A&A Victorian Ventures.

Ketiga-tiga mereka ditahan pada 5 Mei selepas merekodkan keterangan di pejabat SPRM Labuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.