
Solomon selaku wakil MTUC dikeluarkan daripada lembaga Perkeso pada 31 Dis.
Presiden Abdul Halim Mansor dalam kenyataan berkata beliau dan Solomon ada kewajipan dan peranan penting dalam lembaga-lembaga pengarah di pelbagai entiti seperti Perkeso dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Halim berkata mereka berada di situ untuk melindungi kebajikan pekerja yang menyumbang jutaan ringgit setiap bukan kepada entiti-entiti itu.
“Kami ada kewajipan moral dan undang-undang untuk bersuara walaupun perkara itu tidak sedap didengar pengerusi atau ahli lembaga lain,” katanya.
Halim menggesa menggesa Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran menjelaskan penyingkiran Solomon bagi meredakan kebimbangan dan syak bahawa penyingkiran itu “dilakukan secara sebelah pihak dan bermotifkan agenda peribadi”.
Ini kerana Kula menyatkan Solomon dikeluarkan daripada lembaga itu atas permintaan lembaga itu sendiri, katanya.
Bagaimanapun, dalam surat kepada Solomon bulan lepas, Kula tidak pun merujuk kepada apa yang dikatakan ketidakpuasan hati lembaga itu terhadap Solomon.
Halim berkata Solomon juga mengesahkan tiada mesyuarat lembaga Perkeso diadakan di mana sebarang keputusan menyokong penyingkirannya dibuat. Tiada juga perbincangan mengenai kelakuan Solomon di mesyuarat lembaga pengarah.
“Oleh itu, sangat aneh apabila menteri mendakwa lembaga Perkeso yang mendesak Solomon dikeluarkan,” katanya.
Solomon sebelum ini mendakwa dia dikeluarkan selepas menimbulkan isu mengenai caruman pesara, dan meminta minit mesyuarat dalam Bahasa Melayu diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris pada Mei.
Tetapi Halim berkata berdasarkan takilmat Solomon dan rakaman audio mesyuarat itu, MTUC mendapati tiada apa pun yang tidak patut dalam kelakuan Solomon, dan tiada pun tindakan diambil oleh menteri pada ketika itu.
Halim mengingatkan Solomon secara rasmi dipilih oleh MTUC dan menteri harus mewajarkan tindakannya.
“Menteri jangan membisu mengenai perkara ini,” katanya.