20 maut nahas bas di Peru

20 maut nahas bas di Peru

Bas yang dipandu laju itu terbabas sebelum terbalik di Parobamba, Peru, kata pihak berkuasa.

Menurut laporan media tempatan, bas milik syarikat Fama Tour itu dalam perjalanan menuju ke Lima, membawa penumpang balik mengundi. (Gambar Facebook)
BUENOS AIRES:
Sekurang-kurangnya 20 orang maut dan berbelas yang lain cedera dalam kemalangan bas di Peru, kata pihak berkuasa daerah Parobamba, menurut Sputnik.

Kemalangan berlaku pada Isnin ketika bas yang dipandu laju itu terbabas sebelum terbalik di Parobamba, sebuah wilayah di Peru.

“Nahas menyebabkan 18 orang maut di tempat kejadian, dua yang lain meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” kata pihak berkuasa perbandaran Parobamba di Facebook.

Seramai 14 penumpang yang lain cedera.

Menurut laporan media tempatan, bas milik syarikat Fama Tour itu dalam perjalanan menuju ke Lima, membawa penumpang balik daripada mengundi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.