Kenapa Hamzah tolak runding peruntukan dengan Anwar, tanya Puad

Kenapa Hamzah tolak runding peruntukan dengan Anwar, tanya Puad

Puad Zarkashi meminta Ahli Parlimen PN bertanya kepada Hamzah Zainudin alasannya menolak berunding dengan kerajaan.

Puad Zarkashi berkata, Anwar Ibrahim setuju memberi peruntukan selepas berunding dengan Hamzah Zainudin, yang menolak berunding dengan kerajaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi mendakwa Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin menolak untuk berunding dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berhubung peruntukan Ahli Parlimen pembangkang.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sepatutnya tanya Hamzah alasan beliau menolak untuk berunding.

“Perdana menteri setuju bagi peruntukan setelah berunding dengan Hamzah selaku ketua pembangkang.

“Tetapi Hamzah menolak untuk berunding,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof mendedahkan Ahli Parlimen pembangkang tidak menghantar surat memohon peruntukan sehingga kini, di sebalik pelawaan kerajaan.

Semalam, Anwar membidas Ahli Parlimen pembangkang menuntut peruntukan wakil rakyat, tetapi enggan berbincang dengan kerajaan bagi merealisasikan perkara itu.

Mengingatkan perbincangan sama pernah dilakukan di bawah pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, Anwar berkata, kerajaan melantik Fadillah, pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dari Sarawak, untuk perbincangan itu.

Dalam pada itu, Puad mempersoalkan sikap Hamzah tidak membantah ketika Ismail berunding dengan Anwar, yang ketika itu ketua pembangkang dalam perbincangan peruntukan pembangkang.

“Sebab itu jangan bagi ‘outright grant’ atau masuk ke akaun pusat khidmat (Ahli Parlimen) pembangkang. Takut ada yang guna.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.