
Katanya, sebarang bentuk kerjasama perlu melalui perbincangan di peringkat biro politik dan majlis pimpinan tertinggi.
“Terdapat isu kompleks dan perkara itu tidak semudah difikirkan,” katanya, lapor Utusan Malaysia.
Muhyiddin berkata terdapat dasar dan perlembagaan yang dijadikan asas pertimbangan sebelum apa-apa keputusan dibuat.
“Kalau ada pun rakan-rakan saya dalam Bersatu, (berkenaan kerjasama dengan Umno) itu pandangan mereka secara peribadi bukannya di peringkat parti,” katanya.
Kelmarin, timbalan Muhyiddin, Hamzah Zainudin dilaporkan berkata partinya terbuka bekerjasama dengan Umno kerana mereka berkongsi asas ideologi sama.
Hari ini, ahli majlis kerja tertinggi Umno, Ahmad Maslan, dilapor minta Bersatu menulis surat rasmi hasrat bekerjasama, supaya niat itu dibincangkan dalam mesyuarat MKT Umno, berbanding asyik bangkitkan perkara itu di media.