
Menurut Kosmo, suspek berusia 28 tahun yang menganggur tinggal bersama mayat isterinya di rumah berkenaan, sebelum menyerah diri di balai polis berhampiran.
Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis yang pergi ke lokasi kejadian menjumpai jasad mangsa berusia 44 tahun bersama kesan kecederaan pada leher disyaki dikelar dengan senjata tajam.
Suspek yang dikatakan mempunyai rekod jenayah lampau turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
Menurut laporan itu, mangsa yang merupakan janda anak lima sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama suspek hampir tiga tahun lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, yang mengesahkan kejadian menyatakan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.