
Setiausaha Agung Takiyudin Hassan berkata, sebaliknya partinya tidak mencampuri kemelut dalam parti komponen Perikatan Nasional itu.
“Jika ada yang mengatakan PAS berada di pihak atau kem Hamzah Zainudin, itu adalah tidak benar kerana kita tidak memihak ke mana-mana atau berada dalam kem mana-mana.
“Bukan hanya dalam Bersatu, parti lain dalam PN pun kita tidak campur tangan sebaliknya hanya menguruskan parti sendiri.
“Semua kem dan parti dalam PN boleh pergi di Rusila,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Klinik Hayat 24 Jam Cherang, Kota Bharu, menurut Berita Harian.
Media melaporkan seramai 17 pemimpin Bersatu dipecat oleh lembaga disiplin parti, termasuk Hamzah yang juga timbalan presiden.
Selepas dipecat, Hamzah memuat naik gambar beliau bersama Presiden PAS Hadi Awang serta kepimpinan parti itu di Rusila.
Takiyuddin juga berkata, PAS terbuka menerima sesiapa sahaja sebagai ahli termasuk Hamzah.
Katanya, namun PAS tidak menawarkan kepada Hamzah atau pihak lain atau ada perbincangan mengenainya.