
Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata siasatan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan polis mengenai dakwaan itu semalam.
Katanya, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 14B Kanun Keseksaan iaitu terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan individu berpengaruh dan agensi media antarabangsa terbabit.
“Siasatan masih diteruskan dan masyarakt dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes sementara polis melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah negara ini,” katanya dalam kenyataan.