
Ketua Polis Negeri, Azizee Ismail berkata, pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penganjur berkenaan.
“Kami menasihatkan agar cadangan perhimpunan itu dibatalkan demi memelihara kesucian bulan mulia Ramadan dan mengekalkan keamanan serta ketenteraman awam di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi, menurut Harian Metro.
Terdahulu, Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer membuat satu laporan polis berhubung satu hantaran Facebook yang mendakwa terdapat rancangan untuk merobohkan sebuah kuil Hindu di hadapan Hospital Bukit Mertajam.
Beliau yang juga pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang mendakwa pendakwah bebas Zamri Vinoth telah memuat naik kandungan bersifat provokasi yang mampu mencetuskan ketegangan kaum dan agama.
Menerusi hantara itu, ia didakwa dirancang pada 3 petang, 7 Mac ini.
Azizee juga memaklumkan setakat ini pihak polis telah menerima tujuh laporan berhubung perkara itu.